Terbaca aku pada satu komen, katanya "Dalam keadaan MALAYSIA yang SEMAKIN TERUK!"
no!
pada aku, bukan keadaan Malaysia yang makin teruk, tapi lebih kepada "Keadaan di mana MENTALITI masyarakat MALAYSIA yang semakin teruk."
Tuesday, 25 March 2014
TERBACA
Posted by Unknown at 08:43 0 comments
Sunday, 23 March 2014
KAMU SEMUA
Lagaknya seperti hanya aku yang salah, hanya aku yang tak bersyukur, hanya aku yang tak menghargai, hanya aku yang bodoh, hanya aku yang gila.
Tapi andainya kamu semua fahami aku,
Mengerti aku, selami aku, pastinya kamu semua punyai jawapan akan kelakuanku, akan keputusanku, akan pemikiranku dan akan PERASAANKU.
Malangnya, kamu semua tidak akan kerana di mata kamu semua, hanya dia yang baik, hanya dia yang betul, hanya dia yang sempurna!
DAMN! SHIT! BULLSHIT!
Kamu semua buat aku semakin....
MEMBENCINYA!
Posted by Unknown at 09:22 0 comments
Wednesday, 19 March 2014
Bilamana!
Bila mana aku terlihat gambar-gambar mereka, sedetik aku terfikir alangkah bagusnya kehidupan mereka. Setiap hari ada saja gambar-gambar baru yang memaparkan kisah percutian mereka, kehidupan mewah mereka, kebahagiaan bersama insan tersayang, makanan yang terhidang banyak di depan mereka.
Untuk sesaat, aku cemburu dan sangat cemburu sehingga aku rasakan bahawa hidup aku sangat teruk. Melihat gambar mereka tersenyum sambil menunjukkan barangan mewah sangat membuatkan hati aku iri! Dengki! Benci!
Bertapa senang mereka mampu tersenyum dengan kemewahan yang diberikan keluarga mereka. Tanpa ragu mereka menggunakan wang di merata-rata tempat, sedangkan aku terpaksa bersusah payah mencari ilmu semata-mata untuk menjamin hidup di masa akan datang. Aku di sini terpaksa menahan nafsu kehendak aku semata-mata untuk membeli sebuah buku.
Kemudian, aku tersenyum...
Tak guna punya cemburu! Tak guna punya dengki! Tak guna punya nafsu!
Apa yang teruknya kalau setakat tak dapat merasa makanan mewah? Apa yang hinanya kalau setakat tak dapat memiliki barangan mewah? Apa yang buruknya kalau setakat tak dapat memakai pakaian mahal? Apa yang jijiknya kalau setakat senang-senang saja dapat habiskan duit?
Aku ada nyawa untuk berusaha, aku ada nafas untuk menggapai dan aku ada akal yang dibimbing keimanan untuk membezakan antara....
Nafsu atau keperluan.
Posted by Unknown at 01:48 0 comments
Saturday, 15 March 2014
kenapa?
Kenapa? Kenapa aku tak boleh nak menzahirkan kemarahan aku? Tiap kali aku nak luahkan, tiap kali itu aku tak berjaya! Seolah-olah disekat oleh satu perasaan..
sesekali kau perlu menzahirkan kemarahan kau.. tapi kau x boleh and kau takkan boleh zahirkan sampai bile2..
kenapa?
entah..
itu deritaku sejak aku kecil..
sejujurnya aku derita kerana
x mampu menzahirkan kemarahan.
adakah aku sakit jiwa?
mungkin.
Posted by Unknown at 08:20 0 comments

