BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 28 August 2014

Mereka

aku temui mereka..

entah dari mana datangnya..
tapi munculnya mereka buat aku...


ketawa.

terima kasih.

Friday, 20 June 2014

Aku BukaN DerhaKa

aku tak pernah terfikir untuk menjadi derhaka..

aku tak pernah terlintas untuk melawan..

jadi,

aku turuti semuanya..

dan akhirnya..

aku derita sendiri.

B.O.D.O.H!

Thursday, 12 June 2014

MoM

kata kau mengenali aku..
kata kau faham semua pasal aku..
kata kau cukup mengerti aku..
kata kau sangat arif tentang aku..

tapi kenapa..

aku tetap..

menangis.. mom?

Tuesday, 3 June 2014

ANDAI

andai saja kalau aku lebih berani untuk meluahkan rasa,

tapi..

tiap kali madah mau berbicara,
aku ternampak wajahnya yang terlalu
menyayangi manusia itu!

lalu..

aku lemah dan...

SAKIT!

Friday, 23 May 2014

IF

Kalaulah
kalaulah mereka mengetahui bahawa aku tidak ingin melakukan itu..
kalaulah mereka mengetahui kenapa aku tidak ingin melakukan itu..
kalaulah mereka mengetahui betapa aku tidak ingin melakukan itu..

kalaulah mereka tahu apa yang aku suka..
kalaulah mereka tahu apa yang membuatkan aku bahagia..
kalaulah mereka tahu apa sebenar-benarnya perasaan aku..

kalaulah mereka tahu aku sengsara..
kalaulah mereka tahu aku menderita..
kalaulah mereka tahu aku tidak gembira..

kalaulah mereka faham aku..
kalaulah mereka mendengar aku..
kalaulah mereka tahu aku..

kalaulah mereka tahu..
aku tidak mahu itu..

tetapi mereka..


tidak pernah tahu.

Friday, 2 May 2014

Fade Up

Bila aku berdiam..
Mereka bertanya kenapa..
Bila aku senyap..
Mereka memaksa berkata…


Fade up!

Wednesday, 30 April 2014

Aku


Bilamana aku cuba untuk berbicara..
Masing-masing menutup telinga..
Bilamana aku cuba untuk berkata..
Masing-masing memekakkan hati…

Telah aku cuba untuk berbicara..
Tapi tidak seorang ingin mendengar..
Telah aku cuba untuk berkata…
Tidak tidak seorang ingin peduli…
Jadi…

Apa lagi?


Tuesday, 1 April 2014

Usaha Aku

Apabila usaha aku kau katakan tipu, apabila usaha aku kau katakan meniru.

Seolah-olah hanya usaha kau yang sempurna, kau benar-benar melampau!

Kau takkan pernah sempurna.
Kau takkan!

Damn you!!!!

Tiba-Tiba

Tiba-tiba aku rasa sangat letih. Aku penat dengan semua hal. Aku cuma nak hentikan semua ini.

Aku penat dengan dia. Aku penat dengan kau. Aku penat dengan mereka dan aku.... penat dengan aku. Aku cuma... terlalu penat.

Please..

Mungkin aku perlukan seseorang. Seseorang yang boleh aku..... percayai.

Tuesday, 25 March 2014

TERBACA

Terbaca aku pada satu komen, katanya "Dalam keadaan MALAYSIA yang SEMAKIN TERUK!"

no!

pada aku, bukan keadaan Malaysia yang makin teruk, tapi lebih kepada "Keadaan di mana MENTALITI masyarakat MALAYSIA yang semakin teruk."

Sunday, 23 March 2014

KAMU SEMUA

Lagaknya seperti hanya aku yang salah, hanya aku yang tak bersyukur, hanya aku yang tak menghargai, hanya aku yang bodoh, hanya aku yang gila.

Tapi andainya kamu semua fahami aku,
Mengerti aku, selami aku, pastinya kamu semua punyai jawapan akan kelakuanku, akan keputusanku, akan pemikiranku dan akan PERASAANKU.

Malangnya, kamu semua tidak akan kerana di mata kamu semua, hanya dia yang baik, hanya dia yang betul, hanya dia yang sempurna!

DAMN! SHIT! BULLSHIT!

Kamu semua buat aku semakin....

MEMBENCINYA!

Wednesday, 19 March 2014

Bilamana!

Bila mana aku terlihat gambar-gambar mereka, sedetik aku terfikir alangkah bagusnya kehidupan mereka. Setiap hari ada saja gambar-gambar baru yang memaparkan kisah percutian mereka, kehidupan mewah mereka, kebahagiaan bersama insan tersayang, makanan yang terhidang banyak di depan mereka.

Untuk sesaat, aku cemburu dan sangat cemburu sehingga aku rasakan bahawa hidup aku sangat teruk. Melihat gambar mereka tersenyum sambil menunjukkan barangan mewah sangat membuatkan hati aku iri! Dengki! Benci!

Bertapa senang mereka mampu tersenyum dengan kemewahan yang diberikan keluarga mereka. Tanpa ragu mereka menggunakan wang di merata-rata tempat, sedangkan aku terpaksa bersusah payah mencari ilmu semata-mata untuk menjamin hidup di masa akan datang. Aku di sini terpaksa menahan nafsu kehendak aku semata-mata untuk membeli sebuah buku.

Kemudian, aku tersenyum...

Tak guna punya cemburu! Tak guna punya dengki! Tak guna punya nafsu!

Apa yang teruknya kalau setakat tak dapat merasa makanan mewah? Apa yang hinanya kalau setakat tak dapat memiliki barangan mewah? Apa yang buruknya kalau setakat tak dapat memakai pakaian mahal? Apa yang jijiknya kalau setakat senang-senang saja dapat habiskan duit?

Aku ada nyawa untuk berusaha, aku ada nafas untuk menggapai dan aku ada akal yang dibimbing keimanan untuk membezakan antara....

Nafsu atau keperluan.


Saturday, 15 March 2014

kenapa?

Kenapa? Kenapa aku tak boleh nak menzahirkan kemarahan aku? Tiap kali aku nak luahkan, tiap kali itu aku tak berjaya! Seolah-olah disekat oleh satu perasaan..

sesekali kau perlu menzahirkan kemarahan kau.. tapi kau x boleh and kau takkan boleh zahirkan sampai bile2..

kenapa?

entah..
itu deritaku sejak aku kecil..
sejujurnya aku derita kerana
x mampu menzahirkan kemarahan.

adakah aku sakit jiwa?

mungkin.

Tuesday, 25 February 2014

I'm NoT~


Thursday, 20 February 2014

doN'T~


Sunday, 16 February 2014

I feeL~


Friday, 14 February 2014

aNd SoMetiMes~


Wednesday, 12 February 2014

StReNgtH buT~


BuT



Wednesday, 5 February 2014

LeT tHe RaIn buT~


BuT



Sunday, 2 February 2014

JusT BeCauSe~


BeCauSe



Tuesday, 28 January 2014

JusT LisTeN tO Me.. MuM~


Saturday, 18 January 2014

SoMetiMes